Renung renungkan

Sunday, August 17, 2014

1425H Surat #79 - An Naazi'aat - Yang Beralih Cepat - Tafsir Al Mishbah ...

Mari fahami kematian....



Mengapa Manusia Runsing Dan Resah

Bismillah. Tuan Tuan Puan Puan Saudara Saudari Yang Dirahmati Allah SWT.

Saya sering diajukan dengan soalan ini apabila bertemu dengan sahabat mahupun individu yang bertemu dengan saya untuk menceritakan perihal dan permasalahan yang dihadapi mereka.  Maka saya terpanggil untuk merakamkan jawapan saya dipentas maya ini.  Mudah mudahan ianya menjadi tatapan dan sedikit panduan untuk kita semua.

Selalunya kerunsingan atau keresahan akan datang dalam perasaan diri seseorang apabila berlakunya keadaan ketidaktentuan dalam hidup.  Hidup manusia umpama perjalanan yang panjang yang mana, manusia sebagai makhluk sosial, akan bertemu dengan pelbagai ragam manusia dan cabaran persekitaran.

Sudah menjadi fitrah manusia akan bertindak melalui mekanisma tertentu terhadap ancaman ancaman yang berlaku disekeliling kehidupannya.  Ancaman terhadap keselesaan, kegembiraan mahupun kenikmatan yang sedang dirasai.  Ketidaktentuan adalah satu bentuk ancaman terhadap perasaan manusia.

Seringkali ketidaktentuan dijenamakan semula sebagai 'serabut', 'tidak keruan' dan seumpamanya.  Diatas fitrah inilah Allah SWT menjadikan HukumNya dan SyariatNya sebagai penawar kepada persoalan ini.

Sebagai contoh, cuba bayangkan jika manusia hidup tanpa peraturan dan panduan.  Rakaat solat tidak ditentukan.  Tidak ada tertib dan aturan.  Maka manusia akan bertambah runsing kerana menjalani kehidupan tanpa aturan dan batas.

Ditambah lagi dengan peranan syaitan yang menghasut dan menyesatkan.  Maka akan lahirlah ide ide gila yang menggilakan.

Jika ketidaktentuan merupakan punca kepada kerunsingan dan keresahan, maka penawar kepadanya adalah kembali kepada hukum dan peraturan Allah SWT.  Hanya Allah SWT sahaja yang memiliki ketentuan.  Selain dariNya hanya sebuah kemungkinan.

Allah SWT jualah yang berkuasa untuk memberi ketenangan kepada hambaNya.

Hairi Hashim,
18 Ogos 2014, 21 Syawal 1435.  Seri Kembangan Selangor.

Friday, August 15, 2014